Adv

Showing posts with label pertabalansultanperak. Show all posts
Showing posts with label pertabalansultanperak. Show all posts

Friday, May 22, 2015

Sempena Pertabalan Sultan Perak | Menziarah Batu Peringatan Almarhum Sultan Mansur Shah | Masjid Kota Lama Kanan | Meriam Padam Pelita | Makam Tok Temong | Part II


Assalamualaikum


 
Batu Peringatan Almarhum Sultan Mansur Shah

Sultan Mansur Shah 1 telah di puterakan di Bentan,Riau dan baginda dilantik menjadi Sultan Perak Kedua pd tahun 1549 - 1577 menggantikan Sultan Mudzafar Shah yang mangkat di Tanah Abang,Lambor, Daerah Perak Tengah.Baginda berpindah dan bersemayam di Kampung Kan Kong (Kota Lama Kanan), Kuala Kangsar di tepi Sg.Perak.

Sultan Mansur Shah tidak mempunyai makam melainkan Batu Peringatan yang terletak dlm Masjid Kota Lama Kanan.Batu Peringatan ini merupakan sebuah nisan yg dipasang dengan perintah Sultan Idris ke 28 bagi memperingati Sultan Mansur Shah yang hilang ketika menunaikan fardhu jumaat di masjid ini.Masjid Kota Lama Kanan dibina semula dlm tahun 1916 menggantikan masjid asal yg dibakar oleh Penjajah Inggeris semasa berlaku Perang Perak dlm tahun 1875 - 1876.

Sumber : Risalah Makam-makam Diraja Perak - Istiadat Menziarahi Makam Sempena Pertabalan 
DYMM Sultan Perak
  

Misteri Kehilangan Sultan Mansor Shah 

Pada masa dahulu Aceh pernah menyerang Perak.Angkatan Perang Aceh memasuki Perak menerusi Sungai Dinding kemudian berjalan darat ke Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar.Mereka memaksa Sultan Mansor menyerah diri kepada Aceh.Angkatan perang Aceh membawa Sultan Mansor Shah serta kaum keluarga diraja Perak belayar ke Aceh.

Sampai di Aceh kaum keluarga diraja Perak ditempatkan di sebuah kampung dan diberi layanan baik.Putera Sultan Mansor Shah yang bernama Raja Alauddin telah dikahwinkan dengan puteri Sultan Aceh.

Tidak lama kemudian, Sultan Ali Riayat Shah yang memerintah Aceh mangkat. Orang-orang besar Aceh telah melantik menantu baginda, iaitu putera
Sultan Mansor Shah Perak,menjadi Sultan Aceh bergelar Sultan Alauddin
Mansor Shah (Sultan Aceh 1577 - 1585).

Selepas naik takhta kerajaan Aceh, Sultan Alauddin Mansor Shah telah menghantar pembesar Aceh yg handal - handal dalam peperangan dan juga beberapa orang yg pakar ilmu ghaib ke Perak.Tujuannya ialah hendak mengambil ayahandanya iaitu
Sultan Mansor Shah utk di bawa ke Aceh.

Ketibaan rombongan para pembesar Aceh telah disambut dgn penuh kemuliaan oleh
Sultan Mansor Shah dan juga pembesar Perak.Walau bagaimapun, para pembesar Perak tidak mengizinkan Sultan mereka di bawa ke Aceh meskipun atas desakan anakanda baginda yang memerintah Aceh.

Orang- orang Aceh yg dtg ke Perak dgn iringan sebuah angkatan perang itu tentulah begitu mudah boleh membawa Sultan Mansor Shah ke Aceh dgn cara paksa.Tetapi cara itu tidak dilakukan kerana khuatir akan berlaku satu peperangan yg mengorbankan negara dan rakyat.

Oleh itu, dengan cara yg lebih baik perkara itu diserahkan kpd beberapa org pakar dlm ilmu ghaib.

Sewaktu, Sultan Mansor Shah sdg bersolat di Masjid Kota Lama Kanan, ahli-ahli ilmu ghaib Aceh telah memukau semua jemaah yg sedang bersolat sehingga mereka tertidur.......Ketika itulah, orang - orang Aceh membawa Sultan Mansor Shahke dalam kapal yang berlabuh di sungai perak lalu berlayar ke Aceh.

Ketibaan baginda, disambut oleh Sultan Alauddin Mansor Shah, iaitu Sultan Aceh yang juga anakanda Sultan Mansor Shah.

Rakyat negeri Perak tidak mengetahui sultan mereka dilarikan ke Aceh sebaliknya mereka percaya bahawa Sultan Mansor Shah telah ghaib di dalam masjid bersolat jumaat......

Sumber : Cerciter - Kumpulan Cerita Rakyat Terpilih Negeri Perak 

 
snap dari seberang sungai kg.jamuan
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

dah lama nak story - ingat nak ke masjid la apa lah...nak tangkap gambo bagai ...nak buat story batu nisan dengan meriam....udah balik kampung, idok ada masa nak pergi sana..
ni alang2 dah pergi teruslah buat story...terhajatlah satu cerita......

merafak sembah menjunjung duli...berbesar hati Sultan Nazrin datang melawat ke kampung halaman kami....

girang jua dapat bersalam dengan permaisuri zara...mula2 aku tak ke depan sangat sbb tengok vip aja sambut..alang2 aku dah situ, terus la sambut bersalam kiranya...first time aku "daulat tuanku"... maksu aku dah inform awal ada protokolnya....

masjid kg kota lama kanan destinasi kedua..selepas tok temong...

nampak tak, pamplet bawah ini, sama dengan perkataan kami "menyelusuri" kan...kiranya pemikiran sama dengan prof2 ini ...yer idok....larikkk setempat....

 
  
morning walk ke masjid...





Meriam Padam Pelita...

nama di beri...ceritanya meriam ini sepasang...lagi satu telah dilarikan oleh British...meriam ini dikatakan akan meletup sendiri jika berlaku bah (banjir besar)

sumber lisan dari orang lama.

 



menunggu ketibaan.....




tq aina sempat candid........


majlis tahlil dan doa selamat diadakan. 


presss dok snap permaisuri zara..biolah kami wefie....
permaisuri zara mmg tumpuan ramai...semua nak bersalam dengan beliau....
sipi2 pun jadilah....nak bergambo bersama2..tak boleh..ramai nak bersalam....


Tebing Sungai Perak




-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

jum meronda, paksu ajak pergi sayong dan teruih la menghala makam temong....dan hilang dahaga minum abc di lembah kuale....sedap jugak...

dah uper sardin....himpit ramai2....
masjid sayong tengah

Makam Tok Temong 

lokasinya di kampung temong...

dari kg jamuan menghala pekan kati akan jumpa kampung temong...

Sejarah Tok Temong

Sejarah Tok Temong mengisahkan tentang seorang yg bernama Tok Temong dijumpai hanyut di sebatang sungai.Lelaki tersebut dijumpai tersangkut di gumpalan buih oleh penduduk kampung dan masih hidup. Dia dipercayai dihanyutkan dari hulu ke Temong dan dijumapi di Kuala. Lelaki tersebut tidak mengetahui latar belakangnya sendiri. Setelah diselamatkan penduduk kampung, beliau menetap di Kampung Kobah.

Bagi memperingati lelaki tersebut, penduduk menamakan kampung mereka sbg Kg Temong Hilir. Setiap kali majlis pertabalan atau perkahwinan diraja Perak, Sultan akan menziarahi makam keramat Tok Temong.Jamuan makan bgi menjamu rakyat akan diadakan di kampung kobah. Dipercayai kadang - kala akan ditemui buaya putih berada di tangga yang terletak di tebing Sg.Perak. Tangga ini digunakan oleh Sultan ketika menziarahi makam Tok Temong melalui Sg.Perak.

Sumber : Cerciter - Kumpulan Cerita Rakyat Terpilih Negeri Perak 

balik dari sini aku tak boleh tidur....huhuhu.....

bandar kuale kangsar 


snap dari Idris Club.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

lauk tengah hari terung pipit......pujaaan mrhuby...aku tak makan pun....

menarikk nafasss lega , siaplah jugak story di kampung sendiri...kalo rajin boleh cari susur galur dan keturunan sendiri...di kedua2 belah ibu bapa...secara amnya, dah tahu...mungkin boleh tangkap gambar sebagai rekod dan tanda ingatan........








Thursday, May 14, 2015

Menyelusuri Suasana Bandar Diraja Kuala Kangsar | Sempena Pertabalan Sultan Perak | Dataran Padang Kawad | Bulatan Jam Besar | Part I


Assalamualaikum


awal pagi sabtu bersiap-siap hal rumah, dulu apa yang patut...then, baru nak kisahkan nk pkai baju apa...asal nk p kenduri mesti tak nak pkai baju belasahan opis kan..haruslah yang lain dan baru...selalunya rupa itulah aku, cemuih kot pakai baju koje p kenduri...bosan ualls.....kelebek2 apa ada dalam gobok tuh..ha ada kebaya yang berzaman dah ambik dari tailor..tapi tak pakai2 lagi....nampak tak kedut seribu...so, gosok tudung.......tudung aj ni pun bau kedai lagi...ahaks!!.

settle semua, ambik emak kat rumah menujulah kami walimatulurus kenduri sambut menantu cucu nyangg pun di dewan telekom, taiping........ 

kami taklah sesat larat sebab mrhuby orang taiping...dan aku selaku anak perak pun rasa senang aja nak tuju..landmarknya penjara taiping...straight aja ...

sejuk dan damai aja suasana dewan telekom...pokok2 besoo memayungi lamannya...sampai jumpa ibu bapa pengantin..dema pun bertanya, susah ka ke sini..kami cakap senang aja tuju...ropa-ropanya ramai sesat...mostly orang KL ... yerla orang luar kot...

aku rasa ni 1time dewan kawen sejuk aja...dalam dewan ada aircond dan kipas lagi...sejuk aja...hati pun coolll aja...makan kenduri pun sedapp..aku suka desert dia ada serbat cicah kuah duroyan, bihun sup, kuih seri muka. karipap....walllahh...alhamdulilah...kateringnya orang kamunting...lauk daging dia sedappp....aku jenis cepat kenyang so idok lah repeat ... teh tarik pun ada...gambo makanan tak snap...takut ada terliur lak...ker aku....

kebaya goyang...kain sil belikan di bandung....2 meter kain ni..lining dalam kain satin..tailor yang belikan......
sajalah posing dengan bonda..memula mak aku pakai baju lain..aku suruh tuko bio matching lace2 nih...baju mak aku ni pun dah berzaman ada..tak pakai2 lagi..kawen dewan ini,memang sesuaiiii pakai........
corat - coret kenduri...


ini peserta running man...........dema memang berulang desert.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
monyet ka beruk banyak berkeliaran kat luar...senang cari makan...orang buang sampah........aku panggil nak tgkp gambo....tak layan.....

nara nak balik kampung tu...kita ronda2 pekan kuala dulu...meriah ualls....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Menyelusuri suasana  di sekitar Bandar Diraja Kuala Kangsar sempena pertabalan Sultan Perak......

Lokasi terbaik untuk mendapatkan pemandangan cantik istana, gambar boleh diambil dari Dataran Padang Kawad. Dataran ini merupakan salah satu tempat tarikan pengunjung ke Kuala Kangsar dimana dataran ini sering menjadi tempat aktiviti riadah (keadaan pemandangan yang cantik dari tepi istana), Kalau datang ke sini, boleh jugak belajar memandu kerana kawasan dataran ini sangat luas. Selain itu, aktiviti diraja juga banyak diadakan di kawasan ini.

Istana lskandariah



ke jeti pulak..yang dah bertukar wajah..dulu kayu aja...sini selalu port mengail......... 





SERIUSS TAK BERKENAN, TGK ORG PARKING KETA INI...SELFISHH SUNGGUH..KAN ADA PARKING..NAK JUGAKS PARKING DEPAN2 TUUH..NAPA TAK MASUK TERUSSSS......
hilang dahaga di d'coconut...lokasi rpa 4, jalan baru, kuala kangsar....sedap ualls...nak repeat laksa tumisnya nanti.......

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
malam harinya - tak silap di istana ada dinner...

paksu bawalah kami meronda-ronda sayong,bukit chandan, lastnya lepak lembah...moh tengok keta2 sultan turun..sebab jalan dah blok...lepaks ajala sini...kereta-kereta sultan tu mostly pasang lampu dalam..nampak la sapa gerangannya..yang aku perasan Sultan Brunei..ada kereta Rolls Royce...sebut pun tergeliat eh!!

setiap simpang jam beso tu dah blok, tunggu semua VVIP turunnn....satu pengalaman baru..layanlah tengok kereta mewah2 berpolis pengiring semua...plus ada bodyguard lagi..

yang aku layan tengok pokok2 bunga yang baru tanam tuh..rasa nak cabut pulak....no2!!
kalo cabut pun takkan hidup bwa balik umah..ini jenis jagaan rapi....hahahahaha...suka tengok bunga kuning tuh.......

Persisiran Sayong

pernah story di entry Persisiran Sayong



Masjid Ubudiah 
  
Begemerlapan lampu Masjid Ubudiah di malam hari...selalunya tak pasang lampu....





Bulatan Jam Besar


Ini pula merupakan Mercu Tanda sebagai Pintu Masuk Utama ke Istana Iskandariah yang melambangkan 3 Keluarga Diraja Perak. Lokasinya berdekatan bulatan Jam Besar bersebelahan dengan Sg. Kangsar







Jika kome cari sejarah mengenai Bulatan Jam Besar Kuala Kangsar, kome mesti jumpe info mengenai banjir besar yang pernah melanda Kuala Kangsar. Bayangkan setinggi itu melimpahnya Sungai Perak sehingga dapat menenggelamkan Bulatan Jam tersebut.

Moh ke kuale... Pekena laksa dan cendol Lembah Kuale.. Untuk Kome Ajeeee....



tunggu episod seterusnya....hamba sahaya dapat bersalam....siapakah gerangannya........^---------^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...