Adv

Thursday, December 8, 2016

Birthday Bash Akim, Faeizi & Sabrina | November Babies


Assalamualaikum




-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 
setelah mengharungi 3 event...

event apakah itu...nantilah senang2 cerita...rasa macam dah flat..nih kami gagahkan juga setup, masak memasak..mula2 cadang nak outdoor..nak buat games..kengkonon nak background pokok..

tetapi....

hujan..so tak mandang ler...

kita ubah ke porch.. ajk persiapan - iqbal... and the brothers..

aku balik ja, dari majlis..terus basuh cawan2...suruh mukmin angkat...apa guna cawan banyak kalau tak pakai...bila basuh2 tu ada pecah pulak cawan sebiji..... ajer ya..asei nak kenduri mesti ada cawan pecah...


Preparation 


baloon ni bayar dulu..mintak tolong kawan iqbal ambikkan jer..bagi dema resit jer..

tapi... 

tak pueh hati bab baloon nih..ambik2 belum masuk keta..hudah dua biji baloon dah malatop pecah...

memang aku pangkah terus kedai baloon nih..dahlah masa walk in kedai nih, PR ya xbagus langsung..macam kurang ajar dengan mak aku..apa salahnya orang tua tu nak tengok2 terus tutup pintu... ok fine.. takpa lah..salah kami la kot cari kedai yang salah...

memang first and last ler...


goodies beg utk mak pak & kids & hadiah tiup baloon....ada penambaikan..kita touch up letak dolly paper... mak suka sangat dolly paper ni..meh kita stapler..naik seri orang kata.........
kek red velvet


delicioussss cake tak lain tak bukan...order di sweet naddy.. ...tapi serius kek doraemon tu sedappp.... highly recommend...tak malu lah rekemen kat kome...
no tel ya pn.naddy - 014 - 6035264 whatsapp jer 

chocolate cake.. seriously sedap... 

  
Lets Party Started


 

sanah helwah adik - adikku.... semoga menjadi anak yang soleh & solehah...^---------^



semua dah melepet...
menunya: 

mee hailam 
pizza dominos
roti jala kuah daging...yg ini kuah habis roti jala banyak lagi
roti sosej di taburi mayonis 
tembikai
air durian belanda ais
kopi o panas cap kluang - mrhubby rebuih dulu biji kopi nih..yang aku bancuh jer..patutla ada serdak2...

* meja buffet makanan tak sempat nak snap..
 

yang ni aku panggil bebudak untuk acara tiup belon...

dema pun tak sabar2 nak tiup belon ha...


ini AJK GAMES - pakcik wen....

what a lovely weekend..bonding and quality time with familia... 


pic taken by d300s & ipong 


Wednesday, December 7, 2016

Short Gateaway to Melaka | Jonker Walk | Hari Pertama


Assalamualaikum



selepas check in, take rest dulu..

petang nya, kami mengatur langkah ke jonker walk..sememangnya pilih stay hotel ini utk distance walking jer...senang nak menuju kemana2..keta pun parking kat hotel saja...

hotel mana kah...tunggu episod seterusnya...wahh...stay tuned gitew..sebab dah ada yang bertanya2 hotel mana stay..dan tanya makan kat mana..jadi kita ceritaler nanti...

sharing is caring... ^---------^

jum, tak sempat nak warm up apatah lagi betuikan pinggang...terus mengorak langkah...

keta antik nih kemain...siap muzik kuat lagi...lambai semua orang macam miss universe.......


makam hang kasturi...

dalam kekalutan orang ramai berpusu-pusu berjalan kaki ke jonker walk nih...agak susah untuk menangkap gambar..tambahan kalau guna dslr..memang kena jadi penembak tepat...

sukakan bangunan antik sinilah sorga nya...

cuma tak mencapai sasaran....kg morten tak terjah ..yang kami belah kanan menyusuri casa del rio sampai ke kunci air...













ok done tawaf jonker walk..

walau tak habis explore race ya...rase nak repeat lagi..lain tahun mungkin....


nota: pic taken by nikon d80. rare is legend..love love the colour...



Wednesday, November 9, 2016

Menyelusuri Tempat Besejarah di Kuala Kangsar | Muzium Diraja Perak | Jambatan Victoria | Rumah Agam Tok Setia & Masjid Ihsaniah Iskandar.


Assalamualaikum



Muzium Diraja Perak

nak tahu lebih details, boleh rujuk web istana kenangan ini...nak copy tak boleh...arkib negara...





maafkan hamba, hamba tgk gamba nih baru perasan namaya dah di tukar jadi  Muzium Diraja Perak . masa belajo dulu pernah kemari sekali tu jer la masuknya..sekali itu jer la dapat jejak kaki...tak lah kempuann kan..namanya istana kenangan..senibina nya dan ruang ruangnnya memang mengagumkan......cuma tahu istana ni tidak menggunakan sebarang paku..

sekarang ini masih tidak boleh masuk atau melawat di dalamnya...ini pun tangkap gambar dari luar pagar sahaja...punyalah gigih kan...


Jambatan Victoria 

Perasmian Jambatan Victoria

Jambatan ini dinamakan Jambatan Victoria mengambil sempena nama Quenn Victoria I, yang memerintah Empayar British antaran tahun 1837 hingga 1901. Pembinaannya tepat pada hari ulang tahun ke - 60 pemeritahan Quenn Victoria I pada tahun 1987. Jambatan ini telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Perak ke -28, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah I dan Gabenor Jeneral British bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Sweettenham pada 21 Mac 1900.


Jambatan Victoria semasa Perang Dunia Kedua

Semasa Tentera Imperial Jepun menyerang Malaya pada tahun 1941, Pasukan Kor ke - 5 Rejimen Tentera India British yang begerak dari utara telah berundur hingga ke seberang Sungai Perak setelah diasak teruk Tentera Imperial Jepun di Kerian. Bagi melengahkan kemaraan, Tentera Imperial Jepunke Singapura, Jambatan Victoria telah diletupkan oleh pasukan jurutera tentera British pada waktu fajar 22 Disember 1941. 
 

gayatt ooo bawah itu jalan raya...
333 itu no pengenalan jambatan

Sumber : Bandar Awal Jambatan Keretapi Victoria | Karai | Sejarah Perancangan Pekan-Pekan Kecil Negeri Perak Darul Ridzuan.


Rumah Agam Tok Setia 

Rumah Agam yang dibina sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua terletak di atas sebuah bukit di tepi jalan Karai - Enggor iaitu kira-kira 200 meter dari Karai. Rumah ini pada asalnya dimiliki oleh Tuan Syed Assin iaitu adik kepada Tuan Syed Adam yang dikenali sebagai "Alim Besar Kuala Kangsar". Tuan Syed Assin telah meninggal dunia pada tahun 1940an dan rumah ini diwarisi oleh anaknya yang bernama Syed Nordin.   

Semasa berlaku banjir besar pada tahun 1967, perkarangan mansion ini tidak ditenggelami air...... 


Sumber : Bandar Awal Jambatan Keretapi Victoria | Karai | Sejarah Perancangan Pekan-Pekan Kecil Negeri Perak Darul Ridzuan.


  melalui waris memberitahu rumah ini telah diwakafkan kepada MAIPK.


Rumah Tinggal 



Masjid Ihsaniah Iskandar.

nak tahu lebih details, boleh rujuk entry sebelum ini...

wasalamu..

* adalah up entry dari bersawang...
ceritanya sorting2 gamba kat laptop..jumpa gambar2 nih..isyk sayang lak dibior....
^---------^


Wednesday, October 12, 2016

Walkathon | Lake Garden Taiping


Assalamualaikum



walk·a·thon - a long-distance walk organized as a fundraising event.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 




kusss semangat....gigih mrhuby dukung dema nih , semata-mata bergamba atas branch......


puas explore lake garden kali ini....ada jer port menarik snap sebagai pit stop gitew..


Tasik Dayung

baru kutahu upayer nama tasik ni, tasik dayung...untuk kawasan rekreasi air di lake garden nih..
harga tiket....

ini memenuhi hajat si kakak yang nak sangat mendayung itek kekdahya...memula jer teruja, bila dah atas tasik udah cuak..patahla balik ke jetty..tinggai la dengan uncle...

jadinya kami bertiga sahaja menyambung dayung hingga ke fountain... ^---------^



akhirnya....

dah tuwe... baru merasa naik..seronok juga satu pengalaman yang menarik... rasa loya & pening juga teroleng2 atas tasik ni kan...


from taiping with love...haruslahh..mrhuby kan orang taiping...paling susah nak bergamba....

nanti bawa kami walkhaton lagi ya..barulah minda cerdas keluar peluh....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...