Adv

Friday, May 22, 2015

Sempena Pertabalan Sultan Perak | Menziarah Batu Peringatan Almarhum Sultan Mansur Shah | Masjid Kota Lama Kanan | Meriam Padam Pelita | Makam Tok Temong | Part II


Assalamualaikum


 
Batu Peringatan Almarhum Sultan Mansur Shah

Sultan Mansur Shah 1 telah di puterakan di Bentan,Riau dan baginda dilantik menjadi Sultan Perak Kedua pd tahun 1549 - 1577 menggantikan Sultan Mudzafar Shah yang mangkat di Tanah Abang,Lambor, Daerah Perak Tengah.Baginda berpindah dan bersemayam di Kampung Kan Kong (Kota Lama Kanan), Kuala Kangsar di tepi Sg.Perak.

Sultan Mansur Shah tidak mempunyai makam melainkan Batu Peringatan yang terletak dlm Masjid Kota Lama Kanan.Batu Peringatan ini merupakan sebuah nisan yg dipasang dengan perintah Sultan Idris ke 28 bagi memperingati Sultan Mansur Shah yang hilang ketika menunaikan fardhu jumaat di masjid ini.Masjid Kota Lama Kanan dibina semula dlm tahun 1916 menggantikan masjid asal yg dibakar oleh Penjajah Inggeris semasa berlaku Perang Perak dlm tahun 1875 - 1876.

Sumber : Risalah Makam-makam Diraja Perak - Istiadat Menziarahi Makam Sempena Pertabalan 
DYMM Sultan Perak
  

Misteri Kehilangan Sultan Mansor Shah 

Pada masa dahulu Aceh pernah menyerang Perak.Angkatan Perang Aceh memasuki Perak menerusi Sungai Dinding kemudian berjalan darat ke Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar.Mereka memaksa Sultan Mansor menyerah diri kepada Aceh.Angkatan perang Aceh membawa Sultan Mansor Shah serta kaum keluarga diraja Perak belayar ke Aceh.

Sampai di Aceh kaum keluarga diraja Perak ditempatkan di sebuah kampung dan diberi layanan baik.Putera Sultan Mansor Shah yang bernama Raja Alauddin telah dikahwinkan dengan puteri Sultan Aceh.

Tidak lama kemudian, Sultan Ali Riayat Shah yang memerintah Aceh mangkat. Orang-orang besar Aceh telah melantik menantu baginda, iaitu putera
Sultan Mansor Shah Perak,menjadi Sultan Aceh bergelar Sultan Alauddin
Mansor Shah (Sultan Aceh 1577 - 1585).

Selepas naik takhta kerajaan Aceh, Sultan Alauddin Mansor Shah telah menghantar pembesar Aceh yg handal - handal dalam peperangan dan juga beberapa orang yg pakar ilmu ghaib ke Perak.Tujuannya ialah hendak mengambil ayahandanya iaitu
Sultan Mansor Shah utk di bawa ke Aceh.

Ketibaan rombongan para pembesar Aceh telah disambut dgn penuh kemuliaan oleh
Sultan Mansor Shah dan juga pembesar Perak.Walau bagaimapun, para pembesar Perak tidak mengizinkan Sultan mereka di bawa ke Aceh meskipun atas desakan anakanda baginda yang memerintah Aceh.

Orang- orang Aceh yg dtg ke Perak dgn iringan sebuah angkatan perang itu tentulah begitu mudah boleh membawa Sultan Mansor Shah ke Aceh dgn cara paksa.Tetapi cara itu tidak dilakukan kerana khuatir akan berlaku satu peperangan yg mengorbankan negara dan rakyat.

Oleh itu, dengan cara yg lebih baik perkara itu diserahkan kpd beberapa org pakar dlm ilmu ghaib.

Sewaktu, Sultan Mansor Shah sdg bersolat di Masjid Kota Lama Kanan, ahli-ahli ilmu ghaib Aceh telah memukau semua jemaah yg sedang bersolat sehingga mereka tertidur.......Ketika itulah, orang - orang Aceh membawa Sultan Mansor Shahke dalam kapal yang berlabuh di sungai perak lalu berlayar ke Aceh.

Ketibaan baginda, disambut oleh Sultan Alauddin Mansor Shah, iaitu Sultan Aceh yang juga anakanda Sultan Mansor Shah.

Rakyat negeri Perak tidak mengetahui sultan mereka dilarikan ke Aceh sebaliknya mereka percaya bahawa Sultan Mansor Shah telah ghaib di dalam masjid bersolat jumaat......

Sumber : Cerciter - Kumpulan Cerita Rakyat Terpilih Negeri Perak 

 
snap dari seberang sungai kg.jamuan
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

dah lama nak story - ingat nak ke masjid la apa lah...nak tangkap gambo bagai ...nak buat story batu nisan dengan meriam....udah balik kampung, idok ada masa nak pergi sana..
ni alang2 dah pergi teruslah buat story...terhajatlah satu cerita......

merafak sembah menjunjung duli...berbesar hati Sultan Nazrin datang melawat ke kampung halaman kami....

girang jua dapat bersalam dengan permaisuri zara...mula2 aku tak ke depan sangat sbb tengok vip aja sambut..alang2 aku dah situ, terus la sambut bersalam kiranya...first time aku "daulat tuanku"... maksu aku dah inform awal ada protokolnya....

masjid kg kota lama kanan destinasi kedua..selepas tok temong...

nampak tak, pamplet bawah ini, sama dengan perkataan kami "menyelusuri" kan...kiranya pemikiran sama dengan prof2 ini ...yer idok....larikkk setempat....

 
  
morning walk ke masjid...





Meriam Padam Pelita...

nama di beri...ceritanya meriam ini sepasang...lagi satu telah dilarikan oleh British...meriam ini dikatakan akan meletup sendiri jika berlaku bah (banjir besar)

sumber lisan dari orang lama.

 



menunggu ketibaan.....




tq aina sempat candid........


majlis tahlil dan doa selamat diadakan. 


presss dok snap permaisuri zara..biolah kami wefie....
permaisuri zara mmg tumpuan ramai...semua nak bersalam dengan beliau....
sipi2 pun jadilah....nak bergambo bersama2..tak boleh..ramai nak bersalam....


Tebing Sungai Perak




-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

jum meronda, paksu ajak pergi sayong dan teruih la menghala makam temong....dan hilang dahaga minum abc di lembah kuale....sedap jugak...

dah uper sardin....himpit ramai2....
masjid sayong tengah

Makam Tok Temong 

lokasinya di kampung temong...

dari kg jamuan menghala pekan kati akan jumpa kampung temong...

Sejarah Tok Temong

Sejarah Tok Temong mengisahkan tentang seorang yg bernama Tok Temong dijumpai hanyut di sebatang sungai.Lelaki tersebut dijumpai tersangkut di gumpalan buih oleh penduduk kampung dan masih hidup. Dia dipercayai dihanyutkan dari hulu ke Temong dan dijumapi di Kuala. Lelaki tersebut tidak mengetahui latar belakangnya sendiri. Setelah diselamatkan penduduk kampung, beliau menetap di Kampung Kobah.

Bagi memperingati lelaki tersebut, penduduk menamakan kampung mereka sbg Kg Temong Hilir. Setiap kali majlis pertabalan atau perkahwinan diraja Perak, Sultan akan menziarahi makam keramat Tok Temong.Jamuan makan bgi menjamu rakyat akan diadakan di kampung kobah. Dipercayai kadang - kala akan ditemui buaya putih berada di tangga yang terletak di tebing Sg.Perak. Tangga ini digunakan oleh Sultan ketika menziarahi makam Tok Temong melalui Sg.Perak.

Sumber : Cerciter - Kumpulan Cerita Rakyat Terpilih Negeri Perak 

balik dari sini aku tak boleh tidur....huhuhu.....

bandar kuale kangsar 


snap dari Idris Club.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

lauk tengah hari terung pipit......pujaaan mrhuby...aku tak makan pun....

menarikk nafasss lega , siaplah jugak story di kampung sendiri...kalo rajin boleh cari susur galur dan keturunan sendiri...di kedua2 belah ibu bapa...secara amnya, dah tahu...mungkin boleh tangkap gambar sebagai rekod dan tanda ingatan........








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...