Adv

Monday, April 25, 2011

majlis cukur jambul muhammad amar wafiq







Bismillahirramanirrahim

Ya Nabi Salam Alaika ( Raihan )


Majlis Akiqah merupakan satu majlis yang sunat dilakukan pada hari ke tujuh selepas kelahiran bayi. Kat negara kita selalunya ia diiringi dengan majlis bacaan Rawi dan Marhaban. Rawi ialah bacaan berlagu yang menceritakan detik2 kelahiran Rasulullah hingga beliau membesar. Marhaban pula selawat ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W. Selepas itu diiringi dengan majlis mencukur jambul. Menurut pendapat yang ashah, sunat mencukur rambut anak itu selepas menyembelih binatang aqiqah.

Sebenarnya walaupun bercukur tu sunat tapi kita dilarang melakukan qaza’ (قزع) iaitu mencukur sebahagian sahaja dari kepala bayi tersebut [Bujairimi ala al-Khatib: 4/437-438]. Ada hadis Rasulullah S.A.W dari Abdullah bin Umar yang maksudnya :

“Sesungguhnya Nabi S.A.W telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: “Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya).”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Jadi kalau kita melakukan majlis bercukur ni walaupun tidak bercukur sepenuhnya semasa majlis tersebut, kita masih boleh selesaikan selepas selesai majlis tersebut. Alang2 kita buat perkara yang disunatkan oleh Islam seelok2nya buatlah dengan sempurna. Layan sedikit Majlis Akiqah Muhammad amar wafiq bin Ikmal Hasydan yang sy shoot minggu lepas :)


p/s:
terima kasih kpd pasangan ikmal+Nora yg melantik sy sbg OP majlis cukur jambul ank kedua mereka...
makanan yg di sediakan mmg super duper lazat...i like kuah doroyan tu...hehe



loc: kelebang,ipoh


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...