Adv

Showing posts with label kuala kangsar. Show all posts
Showing posts with label kuala kangsar. Show all posts

Wednesday, November 9, 2016

Menyelusuri Tempat Besejarah di Kuala Kangsar | Muzium Diraja Perak | Jambatan Victoria | Rumah Agam Tok Setia & Masjid Ihsaniah Iskandar.


Assalamualaikum



Muzium Diraja Perak

nak tahu lebih details, boleh rujuk web istana kenangan ini...nak copy tak boleh...arkib negara...





maafkan hamba, hamba tgk gamba nih baru perasan namaya dah di tukar jadi  Muzium Diraja Perak . masa belajo dulu pernah kemari sekali tu jer la masuknya..sekali itu jer la dapat jejak kaki...tak lah kempuann kan..namanya istana kenangan..senibina nya dan ruang ruangnnya memang mengagumkan......cuma tahu istana ni tidak menggunakan sebarang paku..

sekarang ini masih tidak boleh masuk atau melawat di dalamnya...ini pun tangkap gambar dari luar pagar sahaja...punyalah gigih kan...


Jambatan Victoria 

Perasmian Jambatan Victoria

Jambatan ini dinamakan Jambatan Victoria mengambil sempena nama Quenn Victoria I, yang memerintah Empayar British antaran tahun 1837 hingga 1901. Pembinaannya tepat pada hari ulang tahun ke - 60 pemeritahan Quenn Victoria I pada tahun 1987. Jambatan ini telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Perak ke -28, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah I dan Gabenor Jeneral British bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Sweettenham pada 21 Mac 1900.


Jambatan Victoria semasa Perang Dunia Kedua

Semasa Tentera Imperial Jepun menyerang Malaya pada tahun 1941, Pasukan Kor ke - 5 Rejimen Tentera India British yang begerak dari utara telah berundur hingga ke seberang Sungai Perak setelah diasak teruk Tentera Imperial Jepun di Kerian. Bagi melengahkan kemaraan, Tentera Imperial Jepunke Singapura, Jambatan Victoria telah diletupkan oleh pasukan jurutera tentera British pada waktu fajar 22 Disember 1941. 
 

gayatt ooo bawah itu jalan raya...
333 itu no pengenalan jambatan

Sumber : Bandar Awal Jambatan Keretapi Victoria | Karai | Sejarah Perancangan Pekan-Pekan Kecil Negeri Perak Darul Ridzuan.


Rumah Agam Tok Setia 

Rumah Agam yang dibina sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua terletak di atas sebuah bukit di tepi jalan Karai - Enggor iaitu kira-kira 200 meter dari Karai. Rumah ini pada asalnya dimiliki oleh Tuan Syed Assin iaitu adik kepada Tuan Syed Adam yang dikenali sebagai "Alim Besar Kuala Kangsar". Tuan Syed Assin telah meninggal dunia pada tahun 1940an dan rumah ini diwarisi oleh anaknya yang bernama Syed Nordin.   

Semasa berlaku banjir besar pada tahun 1967, perkarangan mansion ini tidak ditenggelami air...... 


Sumber : Bandar Awal Jambatan Keretapi Victoria | Karai | Sejarah Perancangan Pekan-Pekan Kecil Negeri Perak Darul Ridzuan.


  melalui waris memberitahu rumah ini telah diwakafkan kepada MAIPK.


Rumah Tinggal 



Masjid Ihsaniah Iskandar.

nak tahu lebih details, boleh rujuk entry sebelum ini...

wasalamu..

* adalah up entry dari bersawang...
ceritanya sorting2 gamba kat laptop..jumpa gambar2 nih..isyk sayang lak dibior....
^---------^


Wednesday, March 19, 2014

Picnic | Guar | Kuala Kangsar


Assalamualaikum


ni lanjutan jelesss tengok bebudak ni mandi sungai.....mau tak tercabar nak terjun gaks dalam sungai...lalu ker tengok dema lompat terjun tiruk semua....harussss lompat sekali..tapi idok lah kat sungai...keesokkan harinya pagi jumla picnic kat guar...masak apa yang patut...ketua masaknya paksu...aku pun tolong apa yang patut lah....famous amous kat kuala ni ulu kenas...tapi ulu kenas ni selalunya ramai orang dan banyak batu sangat....jum lah ke guar...tak salah aku...10 tahun dulu datang sini....big family...sekali dengan arwah mak yang anak beranak haa....gambo pun ader...mana ntah gambo tu...mak yang aku rajin tangkap gambo..mana pergi bawa kamera filem....mak aku pun sama....balik mesti hanto cuci gambo...dah print tak sabo nak terkam tengok gambo....... ^---------^ 

sekarang ni takder rasa semangat nak print camtu....ermmm...nanti aku nak kumpul...pastu print dan lekat dalam sticky album siap...sapa yang mampu korang buat aa photo book...

berbalik citer picnic, guar ni menghala ke manong...maksu aku tau pun paseinnya family day jabatan...memang ada padang...fasiliti la kalo nak buat family day sini....kami pun pergi ayor terjun yang uper kolam renang tu ja...tak daq batu batan sangat.....masa ni kan baru kehilangan pesawat MH370...sambil mandi tu pasang radio kat handset..nak tau latest news....clear dengo .......

layan jer la pic ek...sini banyak rama-rama...susah gaks nak snap....datang dekat...udah terobang ..... 
nyum...nyumm...aku rase banyak beno pemakanan........sekali dah mandi...fuh...licin...semua lapo.......sedap sambal belachan paksu buat...haih sampai ada wanita mengandung KL datang balik la..nakkan sambal belachan paksu....
rama-rama terbang bebas ke udara........

ha...tiga budak merangkak dalam sungai..........
sun bathing.......brrrrr....sejuk sangat kome oii....udah terjun terus....baru tak rase sejuk sangat.....
syoknya...berendam....makan makan.....with familia..........
peace yaww........
acara terjun tiruk........
rama-rama berkumpul...banyak kat sini...........
habis hati eh.....

subhanallah..........
balik dari sini p makan laksa...mee kari sedappp...kuahnyer mee kari kerang....paksu aku bawa....sempoi aja bawah pokok....memula nak makan cendol aja....ha....upayer macam-macam ader..... :-)

recomend sapa singgah sini...lokasi kg.lempor... 

cehhhh...tutup muka pulok...macam tak kenai....haha.........
slurpppp....sedap jugaks cendolnya.........alhamdulilah.......


sedap pau ni..tapi jauh jugaks nak mari sini...masih teringat-ringat kesedapan pau dagingnya....lokasi kedai ini di pekan manong,kuala kangsar.

nanti nextime kita pergi picnic tempat lain pulok....pergi taiping ka..... 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
damai di jiwa menikmati keindahan alam semulajadi........



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...